Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demi masa Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Wednesday, September 25
berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.
Hazrat Abu Sa'id al-Khudri r.anhu memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "beberapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah s.w.t di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah s.w.t mengangkat darjat mereka ke peringkat yang tertinggi di dalam syurga."
(hadis riwayat Imam Muslim)
maka, oleh itu, berlumba-lumbalah kita dalam membuat amal kebaikan dan amal ibadat, buat sermata-mata untuk dapatka keredhaan Allah s.w.t, untuk sukakan Allah s.w.t.
moga dengan limpah rahmatNya Allah s.w.t mengangkat darjat kita setinggi-tingginya di Arasy nya nanti.. insyaAllah..
selain itu, perbanyakanlah istighfar dan bertasbih kepada Allah s.w.t, dimana, terdapat satu kisah yang saya dengar dari satu majlis ilmu nie, lebih kurang maksudnya, kita berlumba-lumba berzikir kepada Allah s.w.t untuk ditinggikan darjat kita di syurga nanti, dan bila kat syurga nanti rupanya kita nie beza satu kalimah toyyibah je dengan orang kawan kita, so maknanya, kita kenalah perbanyakkan lagi dan lagi amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. dimana kita tak tahu malaikat sedang catat kebaikkan yang kita buat kat dunia ini.
dan amatlah sesuai ayat nie, "kejarlah dunia mu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan kejarlah akhirat mu seolah-olah kamu akan mati hari esok.."
kita tak tahu bila kita akan mati, kat dunia nie dah tak ada masa untuk terus menunggu, sebabnya ajal itu tidak kenal erti menunggu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa yang penting ialah kejar keredaan Allah, berlumbalah berbuat amal dan kebaikan sementara masih diberi peluang bernafas di muka bumi yang Allah pinjamkan hanya sementara ini.
ReplyDeletealhamdulillah... ya hakimah.. kat dunia ini hanyalah tempat bercucuk tanam amal kebaikan.. dimana hasilnya kita kan peroleh di akhirat nanti.. =)
Deletesubhanallah...maha suci ALLAH...terlampau lalai kita dalam mengejar akhirat... sedangkan ALLAH SWT sentiasa menerima taubat hambanya...tidak ada perbezaan dalam menilai kita...semua hanya sama pada pandanganNya... marilah kita sama2 berusaha berubah ke arah yg lbh baik...perkongsian yg sgt menarik...truskan usaha anda...
ReplyDelete=) moga Allah sentiasa melindungi kita dari kelalaian...
Deletebuat baik dgn redha Allah insyaAllah syurga menunggu,
ReplyDeletebuat baik bnyak mana skali pun tnpa redhaNya. tak guna jugak.
thanks kak atas perkongsian ini :)
ya... maka berbuatlah kebaikan yg baik de sertai dengan sifat keikhlasan dan hikmah.. dimana sifat itu sahaja yang dipandang oleh Allah.s.w.t.. mohon.. hakikat sifat ikhlas ada dalam hati kita... amin... =)
Delete