Telah tersebut dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang akhir
ucapannya (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah akan masuk syurga. Sebuah hadith yang lain pula
menyatakan bahawa (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah adalah kunci pembuka pintu syurga.
Hakikatnya ucapan (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah itu hendaklah disertai dengan hati sanubari, sebagaimana yang
dinyatakan oleh sebuah hadith, iaitu sesiapa yang mengucapkan (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah dengan tulus ikhlas
nescaya masuk ke dalam syurga. Setiap orang yang mengertikan kalimat ini dengan
tulus ikhlas, diharapkan apabila meninggal dunia akan berada dalam keadaan
ikhlas juga.
“Ahli isyarat” pula mengatakan, “Jika seseorang dengan tulus
mengucapkannya, maka di saat itu pula dia masuk ke dalam syurga.” Allah S.W.T. Berfirman Yang maksudnya :
"Dan bagi orang yang Takut saat menghadap Tuhannya Tersedia
dua taman,"
(Al-Rahman 55:46).
Itulah sebenarnya
“syurga yang didahulukan, “berupa kelazatan taat dan munajat, kemanisan iman; dan “Syurga yang dikemudiankan, “ berupa tempat kediaman dan ketinggian darjat. Seorang sufi telah bertanya kepada rakannya, “ Mengapa engkau mengucapkan Allah... Allah dan tidak la ilaaha illallaah ?” Rakannya menjawab, “ Aku tidak mahu menafikan pada-Nya satu lawan.” Orang sufi itu berkata lagi, “Berilah penerangan selanjutnya.” Rakannya itu menjawab, “ Lidahku tidak terlintas untuk menyatakan kalimat pengingkaran !”.
“syurga yang didahulukan, “berupa kelazatan taat dan munajat, kemanisan iman; dan “Syurga yang dikemudiankan, “ berupa tempat kediaman dan ketinggian darjat. Seorang sufi telah bertanya kepada rakannya, “ Mengapa engkau mengucapkan Allah... Allah dan tidak la ilaaha illallaah ?” Rakannya menjawab, “ Aku tidak mahu menafikan pada-Nya satu lawan.” Orang sufi itu berkata lagi, “Berilah penerangan selanjutnya.” Rakannya itu menjawab, “ Lidahku tidak terlintas untuk menyatakan kalimat pengingkaran !”.
Diceritakan bahawa as-Syibli mengatakan kepada rakannya, “Kami menghendaki yang lebih tinggi lagi daripada yang demikian ini. “Rakannya
itu menjawab, Katakanlah Allah sahaja,
Kemudian biarkan mereka. (Al-Am'am 6:91)
Jawapan ini diucapkan diiringi teriakan ketika keluarnya
roh. Keluarga Rakannya itu tidak mahu menerima kematian itu dengan begitu
sahaja, sebaliknya menuntut as-Syibli berhadapan dengan khalifah agar
“persoalan nyawa” Ini diselesaikan sebagaimana Mestinya. Khalifah pun memanggil
as-Syibli dan memerintahkan kepada seorang hakim untuk menyoal. As-Syibli
menjawab, “ Suatu Roh telah saling merindui dengan penuh berharap... lalu terpanggil....
dan panggilan itu diterima... maka apakah pula kesalahanku?” Mendengarkan
demikian Khalifah berkata, “Lepaskan dia! Bebaskan dia! Tiada kesalahan padanya
sedikitpun!”
subahanallah...perk0ngsian yg menarik...terima kasih atas info2 nie..benarlah bahawa kunci syurga itu terletak pd kalimah Lailahailallah..^_^
ReplyDeletesharing yg sgtt menarik hati sy .. sesunggunya dgn kalimah Astaghfirullahal'azim boleh m'gugurkn dOsa2 kita semua .. =')
ReplyDeletehadis riwayatkan dari Tobarani, mengenai, hazrat Mu'az bin jabal r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai sesuatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah."
ReplyDeletemaka.. marilah kita membasahkan hati dan lidah kita dgn zikrullah setiap masa dan keadaan.. moga kita mendapat syafat daripada Allah s.w.t di akhirat kelak. =)