Hazrat Abu Hurairah rah.
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sentiasalah memperbaharui Iman
kamu.” Para sahabat r.anhum bertanya, “Bagaimana kami membaharui Iman kami,
wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w bersabda, “perbanyakkanlah ucapan لا إله إلا الله.
(hadis Riwayat Imam Ahmad)
Dalam satu riwayat Baginda s.a.w
bersabda, “Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu,
hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t
memperbaharui Iman kamu.” Maksud Iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan
yang dilakukan maka kekuatan Iman dan Nur iman akan pudar.
Oleh itu, diterangkan dalam sebuah
hadis bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah
dihatinya suatu tanda yang hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar
taubat maka tanda yang hitam itu lenyaplah, jika tidak, maka tanda tersebut
akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah
tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan
berkarat. Sebagaimana Allah s.w.t berfiman dalam surah al-Mutoffifin,
كَلَّا بَلْ
رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Sekali-kali tidak, sebenarnya apa-apa
yang mereka usahakan itu menutup hati mereka”.
(surah al-Mutoffifin: 14)
Kemudian keadaan hati itu berubah
sama sekali sehingga perkataan-perkataan yang benar tidak lagi akan memberi
kesan kepada hatinya dan tidak lagi menyerap masuk ke dalam hatinya.
Diterangkan dalam sebuah hadis
bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia iaitu,
1. Berbahas dengan orang-orang jahil,
2. Melakukan banyak dosa,
3. Banyak bergaul dengan wanita yang bukan
mahram dan,
4. Sering duduk bersama orang-orang yang
mati. Baginda s.a.w ditanya,
Iman?? tetibe teringat lagu Raihan... Iman tak dpat diwarisi drp seorang ayah bertakwa... Jagalah hati, dengan zikir2 supaya titik dihati dpat dijauhi...
ReplyDeleteiman itu terletaknya dihati... hati ialah segumpal darah yang ada didalam jasad.. hati diumpa sebagai raja bagi jasad.. baik hati.. baik lah setiap anggota jasadnya...~
ReplyDelete