muzakarah 6 sifat sahabat


Muzakarah 6 sifat unggul para sahabat yang perlu ada dalam setiap diri umat masa kini

Ulama’ kita telah gariskan, Kejayaan Umat ini, dan Umat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat rah. Kerana mereka di cintai Rasulullah s.a.w.

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat-sahabat rah. )"
(Hadis)

Sahabat rah. dapat gelaran rah., yakni kehidupan mereka di dunia, Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia. Kita umat yang sama, bagaimana nak jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat rah.

“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat”
(Hadis)

Jadi, Ulama’ telah menggariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah para sahabat yang mulia.

Umumnya, Sahabat rah. ada 6 sifat yang mulia, iaitu :

1.      Yakin dengan kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah
 (لا اله الا الله محمد رسول الله)
2.      Solat yang khusyuk dan khuduk

3.      Ilmu dan zikir

4.      Ikramul muslimin

5.      Ikhlas Niat

6.      Dakwah(tabligh) dan Mujahadah ( Lapang Diri, masa dan harta, Keluar di Jalan Allah )

Jadi, insyaAllah ke enam-enam sifat inilah yang kita kena usahakan ke dalam diri kita. Ulama’ berkata, bila mana 6 perkara ini perlu ada dalam diri kita, maka insyaAllah kita dengan mudah bantu kita untuk menuju kepada kesempurnaan agama InsyaAllah.

Sekarang Kita muzakarahkan, macam mana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita.

1.      Usaha Atas Kalimah La Ila Ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah
(لا اله الا الله محمد رسول الله)

Maksud:

·        La Ila Ha Illa Alla
Maksud dari pada kalimah ini, adalah “meyakini hanya sanya Allah s.w.t sahaja yang berkuasa, Makhluk langsung tak ada kuasa”

Cara Nak Dapat:

Jadi untuk dapat hakikat yakin kepada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kita kena banyak cakap dan sebut kebesaran Allah s.w.t. Selain itu kita Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah s.w.t dalam hati.
Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah s.w.t. Supaya kebesaran Allah s.w.t akan masuk dalam hati kita, InsyaAllah.

Kelebihan:

Bilamana, sesiapa di akhir kalam nanti dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya. Insya Allah..
Iman yang sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , InsyaAllah..

Maksud:

·        Muhammadur Rasulullah

Meyakini hanya dengan cara Nabi s.a.wsahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.
Sunnah Nabi s.a.w terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi s.a.w)
2. Sunnah Sirah (Perjalanan Nabi s.a.w)
3. Sunnah Sarirah ( Fikir Nabi s.a.w)

-          Penampilan Nabi s.a.w, iaitu mengerti macam mana penampilan Nabi s.a.w. Usaha jadikan kita punya penampilan pun kena ikut sunnah Nabi s.aw (belajar-belajar ikut sunnah. Insya Allah..)

-          Perjalanan Nabi s.aw, Sunnah-sunnah Baginda s.a.w dari Baginda s.a.w bangun tidur hinggalah  Baginda s.a.w tidur semula. Kita pun kena uasaha untuk buat perkara yang sama InsyaAllah..

-          Fikir Nabi s.a.w, adalah fikir risau umatnya, bagaimana setiap umatnya, boleh selamat dari azab api neraka, masuk syurga Allah s.w.t , Insya Allah. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau umat macam Nabi s.a.w fikirkan. InsyaAllah..

2.      Usaha Atas Solat Yang Khusyuk Dan Khuduk

Maksud:
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat

(dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dan lain-lain.)
Ulama’ kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, mcm itulah kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah. Begitulah sebaliknya.

Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai.

(Mcm mana kisah Saidina Ali r.anhu tiada makanan, maka kisah kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali r.anhum tersebut.)

Dan Solat sekurang-sekurangnya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.

Cara Nak Dapat:

Solat mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan bagi lelaki, solat dirumah di suatu tempat khas untuk solat bagi wanita, solat di awal waktu.

Kelebihan:

Dengan jaga Solat, Allah s.w.t akan beri 5 ganjaran ,

1. Rezeki nya di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catitan amal , dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab

3.      Usaha Atas Hakikat Ilmu Dan Zikir

Maksud:

 Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dan mana satu perintah Allah boleh dikemudiankan mengikut keadaan.

Contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka  seorang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi mengerjakan solat(utamakan Allah). Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ini ramai orang yang tahu agama. Tapi masih tidak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.

Maksud ilmu juga, “Apa-apa yang dapat membantu kamu menajawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”

Cara Nak Dapat:

Ilmu terbahagi kepada dua, ilmu fadhail dan ilmu masail.

-          Ilmu masail , kita leh belajar dengan guru-guru yang mursyid. Ilmu masail maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.

-          Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal. Ilmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim. Atau mendengar bacaan kitab fadhail amal (di dalam majlis taklim)

*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , InsyaAllah.

Kelebihan:

Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid. Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang-panjang malam.


4.      Usaha Atas Ikram Muslimin

Maksud:

Menunaikan hak suadara(seislam) kita , tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka. Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

Cara Nak Dapat:

1. Memuliakan Alim Ulama’ dan orang islam
2. Menghormati Orang-orang tua
3. Kasih Sayang kanak-kanak

Kelebihan:

Menunaikan hak saudara seislam kita, Allah s.w.t akan bagi kita 73 hasanah,
1 hasanah, Allah s.w.t akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)
72 hasanah lagi, Allah s.w.t akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah s.w.tt akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,
Satu malam iktikaf, Allah s.w.t jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.


5.      Usaha Atas Niat Yang Ikhlas

Maksud:

Ikhlas bermaksud, melakukan perintah-perintah Allah s.w.t , semata-mata kerana Allah s.w.t.

Cara Nak Dapat:

Kita kena selalu check niat kita, sebelum, semasa, sesudah beramal, Pastikan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Kelebihan:

Niat yang ikhlas semata-semata kerana Allahs.w.t, Allah s.w.t akan lipat gandakan ganjaran amal.
Sebagaimana satu orang Sahabat rah. yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah s.w.t, maka Nabi s.a.w memberi tah, pahalanya adalah sebesar gunung uhud.


6.      Usaha Atas Dakwah(Tabligh) dan Mujahadah di jalan Allah

Maksud:

Memperbetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah s.w.t telah beli diri dan harta kita dengan syurga. Jadi kita kena infakkan diri dan harta kita di jalan Allah s.w.t.

Cara Nak Dapat:

Bagi masa keluar di jalan Allah (untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman). Selama 4 bulan setiap tahun sekurang-kurangnya, 40hari setiap tahun, 10 hari setiap bulan sekurang-kurangnya 3hari 72jam, dan  melakukan 5 amal masjid bagi golongan lelaki, 40hari masturat sekali setiap 3tahun, 3 hari masturat setiap 3bulan, menghadiri ta'alim masturat mingguan wanita dan menghidupkan ta'alim di rumah setiap hari . Ulama’ kita memberitahu, apabila kita keluar jalan Allah s.w.t selama 4 bulan, Maka Allah SWT akan bagi roh agama. Macam mana bayi dalam kandungan, 4bulan je, dia dapat roh/nyawa.

Dalil:

Boleh klik link ini :

Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah yangg sangat lama.

Maka saidina Umar r.anhu telah Tanya adik perempuannya, berapa lamakah wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan Allah?, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka saidina Umar r.anhu telah memendekkan tempoh sahabat r.anhu keluar di jalan Allah s.w.t kepada 4 bulan sahaja.
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.
Satu orang sahabat r.anhu yang telah berada di satu tempat (kerana urusan keluar di jalan Allah)
Selama beberapa hari (hampir 40 hari)
Maka Nabi s.a.w memberitahu, kenapa tak dicukupkan 40 hari.
Satu orang sahabat r.anhu pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.

Kelebihan:
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asap nya sekali.

InsyaAllah apa yang kita baca, kita dengar, dan kita pelajari, dapat disampai-sampaikan dan disebar-sebarkan.. insyaAllah…

5 comments:

  1. MasyaAllah..moga kita di kurnia kan sifat2 ini..dan istiqamah dalam mengamalkannya

    ReplyDelete
  2. usaha dalam diri kita ikut cara yang di amalkan oleh sahabat2 rasulullah s.a.w dimana siapa yang mencintai rasul Allah... maka ikut lah para sahabat..

    ReplyDelete
  3. Saya share ok kn? Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan... segala ilmu yang bermanfaat harus dikongsikan.. ;)

      Delete
  4. saya share ea...terima kasih

    ReplyDelete