Thursday, September 26

study rerajin dah nak exam..

assalam...

to dear All my fren yg nak final exam sem 2 tuh.. selamat berstudy... study rerajin ok..!

kat sini jugak.. saya nak mintak maap dari awal perkenalan hingga akhir hayat saya.. yala.. mungkin ada yang dok xgemar dalam hati nuh dengan tingkah laku saya tanpa saya sedar dan secara sedar tp buat2 xsedar ke kot kan? heheh biasela manusia bukan sempurna dan bukan semua perangai boleh diterima hati ya x? siapa yg xpernah buat silapkan? so memaafkan itu lebih mulia dari meminta maaf.. so pe lagi maafkan saya... huhuhu i'm sorry.. i'm sorry.... I am sorry....... ngeee..~

selain itu jugak.. saya nak wish thank you very much kat uOL atas layanan baik dan terima kasih atas setiap kebaikkan serta pemberian korang yg pernah uOL buat dan bagi pada saya.. minta di halalkan dunia akhirat... moga kebaikkan kalian Allah balas jasa kamu semua.. huhuu aminnnn... =)
Alhamdulillah Allah beri kawan2 yg baik mcm korang sume... makacih ya Allah... iloveuAllah.. iloveuAll fren..huhuhu~

dan akhir sekali... saya nak gtahu kat uOL sume... sebenarnya... sebenarnya.... sebenarnyekan...

saya.... saya... nieh.... nak.... bagitahu.... yang saya.... sgt sayang korang sume... syg korg dunia Akhirat... moga Allah rahmati dan berkati hidup kita didunia dan di akhirat nanti... amin... ngeeee

ok la... papepun selamat study... study rerajin... xrajin.. belajar jadi rajinnn t baru rajin belajar dan rajin segala2nya.... huh! selamat menjawab exam nanti... jangan lupe mtk restu mak ayah n mtk restu lect.2 kita... selain yg utama doa mnta restu Allah s.w.t... ok.. gud luck uOL...~ <3

Wednesday, September 25

kalimah



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..."Sesungguhnya Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah, Dan Sesungguhnya Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah..

Kesombongan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.”(Hadis riwayat Muslim)

berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.


Hazrat Abu Sa'id al-Khudri r.anhu memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "beberapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah s.w.t di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah s.w.t mengangkat darjat mereka ke peringkat yang tertinggi di dalam syurga."

(hadis riwayat Imam Muslim)

maka, oleh itu, berlumba-lumbalah kita dalam membuat amal kebaikan dan amal ibadat, buat sermata-mata untuk dapatka keredhaan Allah s.w.t, untuk sukakan Allah s.w.t.

moga dengan limpah rahmatNya Allah s.w.t mengangkat darjat kita setinggi-tingginya di Arasy nya nanti.. insyaAllah..

selain itu, perbanyakanlah istighfar dan bertasbih kepada Allah s.w.t, dimana, terdapat satu kisah yang saya dengar dari satu majlis ilmu nie, lebih kurang maksudnya, kita berlumba-lumba berzikir kepada Allah s.w.t untuk ditinggikan darjat kita di syurga nanti, dan bila kat syurga nanti rupanya kita nie beza satu kalimah toyyibah je dengan orang kawan kita, so maknanya, kita kenalah perbanyakkan lagi dan lagi amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. dimana kita tak tahu malaikat sedang catat kebaikkan yang kita buat kat dunia ini.

dan amatlah sesuai ayat nie, "kejarlah dunia mu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan kejarlah akhirat mu seolah-olah kamu akan mati hari esok.."

kita tak tahu bila kita akan mati, kat dunia nie dah tak ada masa untuk terus menunggu, sebabnya ajal itu tidak kenal erti menunggu..


Perbaharuilah iman kamu





Hazrat Abu Hurairah rah. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sentiasalah memperbaharui Iman kamu.” Para sahabat r.anhum bertanya, “Bagaimana kami membaharui Iman kami, wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w bersabda, “perbanyakkanlah ucapan لا إله إلا الله.
(hadis Riwayat Imam Ahmad)


Keterangan;

Dalam satu riwayat Baginda s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t memperbaharui Iman kamu.” Maksud Iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan maka kekuatan Iman dan Nur iman akan pudar.
Oleh itu, diterangkan dalam sebuah hadis bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya suatu tanda yang hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda yang hitam itu lenyaplah, jika tidak, maka tanda tersebut akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Sebagaimana Allah s.w.t berfiman dalam surah al-Mutoffifin,

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ
       “Sekali-kali tidak, sebenarnya apa-apa yang mereka usahakan itu menutup hati mereka”.
(surah al-Mutoffifin: 14)

Kemudian keadaan hati itu berubah sama sekali sehingga perkataan-perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya dan tidak lagi menyerap masuk ke dalam hatinya.
Diterangkan dalam sebuah hadis bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia iaitu,
1.      Berbahas dengan orang-orang jahil,
2.      Melakukan banyak dosa,
3.      Banyak bergaul dengan wanita yang bukan mahram dan,
4.      Sering duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda s.a.w ditanya,

“Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” Jawab Baginda s.a.w “Setiap orang kaya yang menjadi sombong keranya hartanya.”

Solat Dapat Menggugurkan Dosa Seperti Daun Yang Gugur Dari Sebatang Pokok



Pada suatu hari, saya telah menghadir suatu majlis ilmu dimana saya amat tertarik suatu kisah hadis yang ceritakan oleh seseorang kepada kami. Dimana beliau menceritakan tentang sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lalu saya dan sahabiah mendengarkan kisah tersebut dengan begitu tertariknya, dan ingin saya kongsikan kisah tersebut kepada anda yang membaca blog saya ini. Kisah sebut ialah begini, harap apa yang dibaca yang difaham dapat dikongsi dan disampaikan dan disebar-sebarkan.. insyaAllah.. =)



Hazrat Abu Zar rah. berkata, “Suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda s.a.w memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Abu Zar,” Saya menyahut, “Saya, Ya RAsulullah.” Kemudian Baginda s.a.w bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sunday, September 22

Istiqamah..~




Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai:

 "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah".

 Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata,

 " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. 

Nabi menjawab:

 "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah." 

(Hadis Riwayat Muslim).

 Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat. 

Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'"

 ( Fusshilat: 30)

kelebihan ayat Qursi



                 Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," 

gertak Abu Hurairah.Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek:

"Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan.

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau: 

"Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" 

Ia mengeluh,

 "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," 

jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia,"

 kata Nabi :

 "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."
                 
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," 

ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun: 

"Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." 

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan: 

"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?
 "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

                  Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga." 

kata Abu Hurairah,

"Lepaskan saya," 

pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata: 

"Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" 

Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. 

"Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi: Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat." 

"Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
                     
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" 

tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," 

jawab Abu Hurairah.

 "Kalimat apakah itu?"

 tanya Nabi.
                  
Katanya: "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, 

"Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta.

Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula: "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." 

Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

maka oleh itu, bolehlah juga kita amalkan untuk menghindari diri kita daripada gangguan syaitan... selamat beramal.. =)

kunci...




Telah tersebut dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang akhir ucapannya (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah akan masuk syurga. Sebuah hadith yang lain pula menyatakan bahawa (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah  adalah kunci pembuka pintu syurga.


Hakikatnya ucapan (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah itu hendaklah disertai dengan hati sanubari, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadith, iaitu sesiapa yang mengucapkan (لا إله إلا الله )La ilaaha illallaah  dengan tulus ikhlas nescaya masuk ke dalam syurga. Setiap orang yang mengertikan kalimat ini dengan tulus ikhlas, diharapkan apabila meninggal dunia akan berada dalam keadaan ikhlas juga.


“Ahli isyarat” pula mengatakan, “Jika seseorang dengan tulus mengucapkannya, maka di saat itu pula dia masuk ke dalam syurga.”  Allah S.W.T. Berfirman Yang maksudnya :        


"Dan bagi orang yang Takut saat menghadap Tuhannya Tersedia dua taman,"
(Al-Rahman 55:46).   


Itulah sebenarnya 

“syurga yang didahulukan, “berupa kelazatan taat dan munajat, kemanisan iman; dan “Syurga  yang dikemudiankan, “ berupa tempat kediaman dan ketinggian darjat. Seorang sufi telah bertanya kepada rakannya, “ Mengapa engkau mengucapkan Allah... Allah dan tidak  la ilaaha illallaah ?” Rakannya menjawab, “ Aku tidak mahu menafikan pada-Nya satu lawan.” Orang sufi itu berkata lagi, “Berilah penerangan selanjutnya.” Rakannya itu menjawab, “ Lidahku tidak terlintas untuk menyatakan kalimat pengingkaran !”. 


Diceritakan bahawa as-Syibli mengatakan kepada rakannya, “Kami menghendaki yang lebih tinggi lagi daripada yang demikian ini. “Rakannya itu menjawab,  Katakanlah Allah sahaja, Kemudian biarkan mereka. (Al-Am'am 6:91)   


Jawapan ini diucapkan diiringi teriakan ketika keluarnya roh. Keluarga Rakannya itu tidak mahu menerima kematian itu dengan begitu sahaja, sebaliknya menuntut as-Syibli berhadapan dengan khalifah agar “persoalan nyawa” Ini diselesaikan sebagaimana Mestinya. Khalifah pun memanggil as-Syibli dan memerintahkan kepada seorang hakim untuk menyoal. As-Syibli menjawab, “ Suatu Roh telah saling merindui dengan penuh berharap... lalu terpanggil.... dan panggilan itu diterima... maka apakah pula kesalahanku?” Mendengarkan demikian Khalifah berkata, “Lepaskan dia! Bebaskan dia! Tiada kesalahan padanya sedikitpun!”

Tuesday, August 6

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Selamat menyambut hari raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin buat semua warga islam di seluruh dunia...

Sepanjang berhari raya tu jaga makan, jaga solat, hati-hati di jalan raya...~
ingat orang tersayang...


Monday, August 5

Assalammu'alikum.wrh.wbt... ^_^





Alhamdulillah... Allah izinkan saya untuk menulis blogger ini..

Sebenarnya, sye pun asalnya tak tahu apa isi kandungan utama yang nak kongsikan dengan blogger ini, so jadi nya sye ingin kongsikan seberapa banyak ilmu-ilmu yang ada dan ilham serta apa-apa persepsi yang terlintas dalam akal fikiran sye ini kepada semua pembaca bloger ini..dan juga berharap semua isi kandungan blogger ini dapat jadikan pengetahuan untuk semua.. 
amin.. 
InsyaAllah..

moga dengan ilmu yang ada dapat lah kita ambil dari pandangan yang positif...
sesuai dengan ayat ini yg lebih kurang maksudnya,
 "Allah memakbulkan sangka2 an hambanya.."
maka, oleh itu, sama2 la kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga umat manusia di sekeliling kita.. di samping memohon keampunan Allah.s.w.t..
insyaAllah...